Pertanian Adalah Perniagaan
Welcome, Guest. Please login or register.
Did you miss your activation email?
September 04, 2010, 02:42:10 PM

Login with username, password and session length
Search:     Advanced search
3061 Posts in 915 Topics by 2168 Members
Latest Member: khairuddin
* Home Forum Help Login Register
Peladang Yang Rajin Kesini
DemDrumB
Posts: 953
aminagrotech
Posts: 418
syazwan
Posts: 170
penternakjutawan
Posts: 169
Cik_Liyana
Posts: 147
samdaddycool
Posts: 120
notrexdame
Posts: 114
mrlelakiperkasa
Posts: 93
SYAM GHAZ
Posts: 55
globalexm
Posts: 50
URBAN
Posts: 40
administrator
Posts: 39
fihir
Posts: 36
kebergz
Posts: 35
abghalim
Posts: 30
anuarmne
Posts: 29
adioz88
Posts: 28
ListOemSoftware
Posts: 25
SuperPremiumListOEM
Posts: 24
zool
Posts: 24
RAKAN2 ATAS TALIAN
12 Guests, 0 Users
PENGIKLANAN PELBAGAI PRODUK
KEPADA RAKAN-RAKAN YANG BERMINAT UNTUK MELETAKKAN IKLAN DI SEKSYEN PENGIKLANAN DI SINI SILA INFORM SAYA, IANYA FREE.. IKLAN PERLU DALAM BENTUK GRAFIK YANG BERSAIZ 120px × 120px , TERIMA KASIH.

Pertanian Adalah Perniagaan  |  Forum  |  Sektor Pertanian  |  Bincang Teknologi Pertanian  |  Topic: Pengurusan Pembajaan 0 Members and 1 Guest are viewing this topic. « previous next »
Pages: [1] 2 Go Down Print
Author Topic: Pengurusan Pembajaan  (Read 4750 times)
daun1919
Freshie
*
Offline Offline

Posts: 4

WWW
« on: December 01, 2007, 12:27:34 AM »

Assalamualikum dan Selamat Sejahtera,

Ini adalah pertama sekali saya menulis post untuk forum ini. Jadi saya tidak tahu dari mana saya harus memulakan penulisan saya mengenai pertanian ini. Walaubagaimanapun saya cuba juga untuk menulis jadi saya merasakan biarlah untuk pertama kali ini saya menulis mengenai pengurusan baja......

Pengurusan Baja

Sebelum kita membincangkan mengenai pengurusan baja ada baiknya rasanya kita mengetahui mengenai matlamat pengurusan baja didalam bidang pertanian terlebih dahulu.

Seperti mana yang diketahui baja adalah suatu bahan kimia atau bahan organik yang banyak digunakan di dalam pertanian sebagai menambah kesuburan tanah. Secara ringkasnya 5 matlamat pengurusan baja iaitu:

a)menambahkan hasil
b)mengurangkan kos pengeluaran
c)meningkatkan kualiti hasil
d)mengurangkan risiko serangan penyakit
e)mengelakkan pencemaran alam sekitar

Untuk kali ini saya hanya akan membincangkan dua sahaja matlamat pengurusan baja...

a) Menambahkan Hasil

Saya rasa bahagian ini tidak perlu saya huraikan secara lebih mendalam kerana ramai pun yang telah mengetahi bahawa pengunaan baja adalah untuk menambahkan hasil bagi setiap jenis tanaman yang kita tanam. Untuk pengeluaran secara komersil, ini adalah penting kerana dengan pertambahan hasil maka kita akan mendapat lebih keuntungan.

Untuk lebih memahami tentang meningkatnya keuntungan dengan pertambahan hasil pertanian saya akan memberikan contoh ringkas:

"Sekiranya Abu menanam satu pokok cili tanpa memberikan baja, dia akan mendapat hasil sebanyak 3 kilo buah cili untuk satu pokok. Jika sekilo dia jual RM5 makan dia akan mendapat RM 15. Tetapi jika Abu memberikan baja kemungkinan pokok cili akan mengeluarkan buah sebanyak 6 kilo, jika dia menjual dengan harga yang sama maka dia akan mendapat sebanyak RM30"

Saya harap anda semua boleh faham apa yang saya ingin maksudkan. Memang contoh diatas nampak kecil perbezaannya iaitu sebanyak RM 15 sahaja. Tapi itu untuk satu pokok. Cuba saudara bayangkan jika seorang pengusaha ladang itu menanam satu hektar cili maka jumlah nya akan mencecah ribuan ringgit.

b) Matlamat Yang Kedua - Mengurangkan Kos Pengeluaran

Mengurangkan kos! Tentu ramai yang tidak setuju dengan kenyataan ini. Macam mana pulak dengan beli baja dapat kurangkan kos?

Sebenarnya banyak segi yang boleh dibincagkan bagaimana dengan penambahan baja dapat mengurangkan kos perusahaan pertnian . Tapi saya hanya akan membincangkan satu sahaja buat masa ini. Sebab untuk membincangkan dengan detail mengenai pengurusan baja ni boleh buat satu buku tebal!

Antara kos yang dapat dikurangkan ialah kos penyelenggaraan perosak. Perkara ni logik sahaja. Jika kita memberikan baja maka pokok kita akan lebih subur. Jika pokok itu subur maka perosak akan kurang menyerang pokok tersebut. Jika perosak tak serang maka tidak perlu pekerja untuk penyelenggaraan.

bersambung.......................

fadhil_azri
http://infopertanian.blogspot.com/
http://bizinternetmalaysia.blogspot.com/
http://e-boosreview.blogspot.com/
Logged

aminagrotech
Global Moderator
Usahawantani Global
*****
Offline Offline

Posts: 418

Sekiranya kau bertanya pada aku...akupun tak tahu.

WWW
« Reply #1 on: December 17, 2007, 10:29:28 PM »

info yang menarik...lepas kalu ade sesapa yang nak share cara nak buat baja...atau kongsi pengalaman buat baja sendiri...tq.
Logged

PROJEK TERNAKAN/PERTANIAN MAMPU MILIK RAKYAT MALAYSIA
http://aminagrotech.blogspot.com/

PROJEK TERNAKAN MINI JUTAWAN
http://dekebun.blogspot.com/
syazwan
Global Moderator
Usahawantani Global
*****
Offline Offline

Posts: 170

im still a freshiess

« Reply #2 on: December 26, 2007, 01:28:43 PM »

info yang menarik...lepas kalu ade sesapa yang nak share cara nak buat baja...atau kongsi pengalaman buat baja sendiri...tq.

aku still ade simpan resepi baja dari tinja kambing.... nanti aku pasteat sini...  tapi aku tertanya2 laa... baja utk jenis tanaman terbuka dengan sistem fertigasi nih same ke dan mana satu yg lebih jimat serta performance yg tinggi
Logged

im still a freshiess
aminagrotech
Global Moderator
Usahawantani Global
*****
Offline Offline

Posts: 418

Sekiranya kau bertanya pada aku...akupun tak tahu.

WWW
« Reply #3 on: January 24, 2008, 10:38:13 AM »

bro bob..mana daa resepi kambing beriani?? eh..silap...resepi baja...hehehe...
Logged

PROJEK TERNAKAN/PERTANIAN MAMPU MILIK RAKYAT MALAYSIA
http://aminagrotech.blogspot.com/

PROJEK TERNAKAN MINI JUTAWAN
http://dekebun.blogspot.com/
suzari
Freshie
*
Offline Offline

Posts: 7

« Reply #4 on: January 29, 2008, 05:06:34 AM »

info yang menarik...lepas kalu ade sesapa yang nak share cara nak buat baja...atau kongsi pengalaman buat baja sendiri...tq.

aku still ade simpan resepi baja dari tinja kambing.... nanti aku pasteat sini...  tapi aku tertanya2 laa... baja utk jenis tanaman terbuka dengan sistem fertigasi nih same ke dan mana satu yg lebih jimat serta performance yg tinggi
ye lah...mana resepinya.Resepi guna EM atau stardec atau yg asli.Tp nak tanye le juga, antara baja taik ayam,lembu dan kambing, taik ayam no 1 sbb  kandungan nutriannye tinggi.Betul ke ....Habis tu tak laku le taik lembu / kambing kita.(mungkin sesuai untuk pokok bunga je kot).Tp negara kita kan dah 50 tahun merdeka, tak kan tak ada saintis kita yg bleh menambah "power"kan baja organik kita.Kalu bukan kita sapa lagi yg nak buat. Sekarang ni kita melaung2 kan ...mesra alam,kepanasan global dan mcm2 lagi lah.tapi masih guna baja kimia...Kepada para saintis atau ilmuwan, tolong lah tengokkan masaalah ini.Mcm mana nak lawan dengan baja kimia...kalu tidak selama2 lah kita makan benda kimia....tak laku lah baja organik aku.....
Logged
aminagrotech
Global Moderator
Usahawantani Global
*****
Offline Offline

Posts: 418

Sekiranya kau bertanya pada aku...akupun tak tahu.

WWW
« Reply #5 on: March 05, 2008, 11:02:43 PM »

tengah tunggu resepi baja dari tinja kambing dari bro syazwan....ehehehehe ::)
Logged

PROJEK TERNAKAN/PERTANIAN MAMPU MILIK RAKYAT MALAYSIA
http://aminagrotech.blogspot.com/

PROJEK TERNAKAN MINI JUTAWAN
http://dekebun.blogspot.com/
syazwan
Global Moderator
Usahawantani Global
*****
Offline Offline

Posts: 170

im still a freshiess

« Reply #6 on: March 08, 2008, 01:28:01 AM »

Artikel ini dipetik dr mailing list ahli yg bernama esis casserose yahoogroup kambingmas

Code: [Select]
Baja organik dihasilkan daripada hasil buangan haiwan atau tumbuhan. Baja ini 100% tidak terdapat unsur-unsur bahan kimia, antibiotik atau hormon. Baja organik yang dihasilkan daripada proses pengkomposan tinja kambing menggunakan STARDEC yang ditambah dengan bahan abu, kapur dan habuk kayu gergaji dalam tempoh tertentu. Selain itu pellet atau makanan kambing juga harus dicampur dengan Probiotik STARBIO.

Bahan Yang Diperlukan
• Tinja / kotoran ternakan - 83%
• Abu ( dari bahan bakar) - 10%
• Habuk Kayu Gergaji - 5 %
• Kapur (lime) - 2%
• STARDEC - 0.25%
Peringkat-Peringkat Proses Membuat Emas Hitam
• Pengkomposan
• Penapisan
• Pembungkusan
• Pemasaran

Pengkomposan
Langkah pertama, pallet atau makanan kambing haruslah dicampur dengan STARBIO sebanyak 300gm -500gm bagi 100 kg pallet.

Kemudian tinja dikumpulkan dibangsal pengkomposan yang mana lantainya sudah ditabur dan dilapisi dengan habuk kayu gergaji, kapur, abu dan STARDEC. Kemudian bahan ini harus berlapis lapis dengan tinja kambing yang baru sehingga ketinggian 1.5 meter. Biarkan timbunan selama seminggu.

Harus dipastikan bangsal proses pengomposan menggunakan lantai tanah, dan ternaung daripada hujan dan cahaya matahari secara langsung.

Pada minggu kedua, terbalikkan timbunan dengan memindahkannya ke petak berasingan. Suhu dalam timbunan pada minggu kedua akan naik hingga 60 darjah celsius dan ulang pembalikan pada setiap minggu hingga minggu kelima. Suhu dalam timbunan pada minggu ketiga dan keempat akan naik hingga 70 darjah celsius. Pada minggu kelima pula suhu akan turun antara 30-40 darjah celsius menandakan proses pengkomposan telah selesai. Semasa pembalikan dilakukan, pastikan keadaan kelembapan sekitar 60% dan jika terlalu kering hendaklah direnjiskan air.

Bahan pengkomposan yang telah selesai ini, dicampur homogen dengan cara disisir cangkul dari atas ke bawah. Kemudian ditimbunkan pada tempat pemprosesan baja dengan ketinggian 1.5 meter juga.

Ciri-ciri Emas Hitam yang sedia untuk dipasarkan:
•Suhu dingin secara alami (350 darjah celsius)
•Warna Coklat kehitaman
•Suhu dalam timbunan antara 60 -80 darjah celsius
•Tidak berbau
•Kadar air ± 40%

Penapisan/Penyingkiran
Proses ini dilakukan pada minggu keenam. Timbunan baja organik ini perlu dihancurkan dengan menggunakan mesin penghancur (grinder) yang berharga antara RM2300 – RM2500 dalam pasaran tempatan. Ia kemudiannya perlu ditapis menggunakan jaring dawai untuk mendapatkan tekstur yang seragam dan mengasingkan benda asing yang tidak diperlukan.

Pembungkusan
Baja organik yang telah dihancurkan dan ditapis perlu di timbang mengikut saiz plastik pembungkusan mengikut kehendak pengusaha. Pembungkusan boleh dibuat menggunakan jenama tertentu (contohnya Casserose) dengan mengikut saiz 0.5 kg, 1kg, 5kg , 10kg atau 20kg mengikut permintaan pasaran.

Faedah Perusahaan Emas Hitam Kepada Penternak Kambing
• Menyelesaikan masalah pencemaran dan bau busuk
• Menjimatkan kos penyediaan kumbahan najis ternakan
• Menjimatkan kos letrik dan air
• Mesra alam sekitar
• Meningkatkan dayamaju projek
• Menarik minat pengusaha
• Membantu mencapai sasaran Dasar Pedaging Negara

Kelebihan Baja Kompos
• Tidak berbau
• Meningkatkan kesuburan tanah
• Meningkatkan mikrobia tanah
• Mengurangkan serangan hama dan penyakit
• Memperbaiki struktur dan mengemburkan tanah
• Memperbaiki pH tanah
• Merangsang pertumbuhan pokok
• Meningkatkan kualiti hasil pertanian
• Sesuai untuk semua jenis tanaman samaada perladangan komoditi, sayur-sayuran, buah-buahan, pokok perhiasan dan bunnga-bungaan.

Pemasaran
Pasaran borong emas hitam kini adalah antara RM800 – RM1000 satu tan. Namun begitu jika dijual dengan bungkusan yang kecil dengan harga antara RM6 – RM8 sekilogram, ini akan menjadikan pendapatan sampingan penternak kambing sangat lumayan.

Emas hitam ini mendapat permintaan yang menggalakkan pada Pameran MAHA2004 dengan harga RM8 sekilogram. Strategi pemasaran yang baik dan efektif mampu menjadikan pendapatan daripada emas hitam sebagai suatu kegiatan sampingan yang lumayan bagi penternak kambing.

PRODUK BARU DARI CASSEROSE (EMAS HITAM)
Penafian:
Cara pemprosesan ini adalah teori saya sahaja mengikut pembacaan dan rujukan yang telah saya nyatakan di bawah. Ia telah disesuaikan dengan penternakan kambing dan tidak pernah saya praktikkan di lapangan. Formula pemprosesan ini juga tidak mendedahkan formula industri baja organik Casserose. Harap Maklum.

Rujukan:
1. Amran Shahir, Bahagian Pembangunan Industri Ternakan, JPH Selangor. (Pemprosesan tinja lembu dan kerbau sebagai baja organik)
2. Buku Panduan Pengeluaran Kambing Muda KaPrima.

Alang-alang biar sampai menternak UNICORN!!!
http://www.kambing-boer.blogspot.com/
 
SATU LAGI PROJEK "SUCI HATI" UNTUK RAKYAT MALAYA
http://www.sukaatiaku.blogspot.com/
Logged

im still a freshiess
abghalim
Global Moderator
Pra-Usahawantani
*****
Offline Offline

Posts: 30

abghalim uluyam

WWW
« Reply #7 on: March 09, 2008, 09:14:11 PM »

BELASAH JA....
Logged

aminagrotech
Global Moderator
Usahawantani Global
*****
Offline Offline

Posts: 418

Sekiranya kau bertanya pada aku...akupun tak tahu.

WWW
« Reply #8 on: March 10, 2008, 02:28:37 PM »

wahh...tima kasih bro syazwan...akhirnye...dapat jugak saya adaptasikan dengan formula sedia ada...hehehe...tq.
Logged

PROJEK TERNAKAN/PERTANIAN MAMPU MILIK RAKYAT MALAYSIA
http://aminagrotech.blogspot.com/

PROJEK TERNAKAN MINI JUTAWAN
http://dekebun.blogspot.com/
Cik_Liyana
Global Moderator
Usahawantani Global
*****
Offline Offline

Posts: 147

Cemerlang Tani Sdn Bhd

« Reply #9 on: March 17, 2008, 04:18:43 PM »

Packaging yg sesuai untuk baja..
Selain guni, bleh xguna plastik biasa?
plastik beli barang tu..
Logged

http://cemerlangtani.blogspot.com
Menternak/ Membekalkan kambing & lembu untuk ibadah Qurban, Aqiqah & Sembelihan
Membekalkan makanan (Pellet, Hampas Soya & Gandum)
Membekalkan Baja Organik tinja kambing yg diperkaya dengan EM
Penghantaran terhad di area JB, Kota Tinggi & Kluang shj
aminagrotech
Global Moderator
Usahawantani Global
*****
Offline Offline

Posts: 418

Sekiranya kau bertanya pada aku...akupun tak tahu.

WWW
« Reply #10 on: March 17, 2008, 05:57:39 PM »

tak kisah plastik ape pun kot...janji yang lebih tahan dari biasa supaya tak terbocor/tertumpah....lebih baik..plastik yang transparent..tq.
Logged

PROJEK TERNAKAN/PERTANIAN MAMPU MILIK RAKYAT MALAYSIA
http://aminagrotech.blogspot.com/

PROJEK TERNAKAN MINI JUTAWAN
http://dekebun.blogspot.com/
samdaddycool
Usahawantani Global
*****
Offline Offline

Posts: 120

WWW
« Reply #11 on: May 03, 2008, 11:56:27 AM »

info yang menarik...lepas kalu ade sesapa yang nak share cara nak buat baja...atau kongsi pengalaman buat baja sendiri...tq.

aku still ade simpan resepi baja dari tinja kambing.... nanti aku pasteat sini...  tapi aku tertanya2 laa... baja utk jenis tanaman terbuka dengan sistem fertigasi nih same ke dan mana satu yg lebih jimat serta performance yg tinggi
ye lah...mana resepinya.Resepi guna EM atau stardec atau yg asli.Tp nak tanye le juga, antara baja taik ayam,lembu dan kambing, taik ayam no 1 sbb  kandungan nutriannye tinggi.Betul ke ....Habis tu tak laku le taik lembu / kambing kita.(mungkin sesuai untuk pokok bunga je kot).Tp negara kita kan dah 50 tahun merdeka, tak kan tak ada saintis kita yg bleh menambah "power"kan baja organik kita.Kalu bukan kita sapa lagi yg nak buat. Sekarang ni kita melaung2 kan ...mesra alam,kepanasan global dan mcm2 lagi lah.tapi masih guna baja kimia...Kepada para saintis atau ilmuwan, tolong lah tengokkan masaalah ini.Mcm mana nak lawan dengan baja kimia...kalu tidak selama2 lah kita makan benda kimia....tak laku lah baja organik aku.....

... saya rasa nak wat pembetulan....

tahi kambing antara yang terbaik.

- tahi ayam plak tak perfect sebab takde kandungan P (phosporus) / tahi kmbng ada P
- tahi kambing dah buat test, (proven)
1. pokok duku 14 tahun tak berbuah, berbuah lepas dibaja tahi kmbng
2. pokok mangga 7 tahun tak berbuah, berbuah lps dpt penangan tahi kmbng
3. pokok kelapa pandan 1 1/2 tahun keluar mayang maintain guna tahi kmbng (biasa 3thn baru berbuah)...

so sesiapa yg rasa fakta ni salah, saya harap dapat diperbetulkan.
Ni fakta2 yang saya kumpul drp mereka2 yg berpengalaman (sifu)...

TEGUR BILA SALAH, SAYA SEDIA TERIMA TEGURAN...

(mcm serius jek bunyi..  :D)
Logged

mzaidi1977
Pra-Usahawantani
***
Offline Offline

Posts: 21

« Reply #12 on: July 08, 2008, 10:37:38 PM »

Dalam banyak2 baja organik, tinja ayam yang terbail untuk tanaman dan sayuran. Pilihlah tinja ayam daging elakkan guna tinja ayam telor kerana banyak hama. Pure tinja ayam jangan terus guna, ianya perlu di jemur untuk menyah haba dan gas serta hama dari tinja tersebut.
Logged
aminagrotech
Global Moderator
Usahawantani Global
*****
Offline Offline

Posts: 418

Sekiranya kau bertanya pada aku...akupun tak tahu.

WWW
« Reply #13 on: July 09, 2008, 11:36:00 AM »

tapi tinja ayam boleh tak digunakan untuk bela cacing?? Saje nak tau....tq.
Logged

PROJEK TERNAKAN/PERTANIAN MAMPU MILIK RAKYAT MALAYSIA
http://aminagrotech.blogspot.com/

PROJEK TERNAKAN MINI JUTAWAN
http://dekebun.blogspot.com/
luqman
Petani
**
Offline Offline

Posts: 17

WWW
« Reply #14 on: July 21, 2008, 08:46:05 PM »

cerita pasat pengurusan baja nih.. petani perlu tau keperluan nutrien tanaman tersebut..dari mula semai ,tanam,tumbesaran sehinggalah penuaian hasil .contoh tanaman napier..ape nutrien yg diperlukan utk byk daun.. ??? nitrogen..
oleh kerana forumers kat sini dh cerita bab baja organic fert..(sy suka bab nih)ehehe.. sy pun terus folow je la..
 kandungan dalam sesuatu kandungan utk dibuat baja  secara asas adalah NPK. nitrogen, phosphorus dan potassium.. tapi yg sesgt psti k utk buah..P utk akar dan N daun..
okeh cerita bab tinja ayam.lembu.kambing..kandungan nutrien adalah seperti berikut..

   SUMBER                      N   P   K   Ca   Mg   Cu   Zn   B   nisbah
         --------------------%----------------------------------------------          ---------------PPM----------------     c/n
   LEMBU                   2.2   .8   .8   1.9   .5   27.2   105.1   32.6   13.3
   KAMBING/BIRI2        2.3   .6   5.4   1.3   1.0   28.2   200.1   38.2   15.6
   AYAM      3.1   2.6   2.2   8.5   .8   39.6   213.5   30.2   8.4

SO..pilih la baja yg sesuai utk tanaman anda..

p/s testimonial yg sy dpt guna tinja kambing,pisang kat rumah sy berbuah besar2 x caya tanye cik liyana. ::)

« Last Edit: July 21, 2008, 09:54:05 PM by luqman » Logged

Pages: [1] 2 Go Up Print 
Pertanian Adalah Perniagaan  |  Forum  |  Sektor Pertanian  |  Bincang Teknologi Pertanian  |  Topic: Pengurusan Pembajaan « previous next »
 
Pengiklanan Pelbagai Produk
Salam rakan-rakan, Kepada Sesiapa yang berminat untuk mengiklankan produk disini diharap dapat hubungi saya di syazwan@jutawantani.com . Tiada kos pengiklanan dikenakan, ianya FREE!!
Forum Jutawantani
Untuk Ke Forum
Topik yang sedang berjalan
KELI ORGANIK BAKA PEJAL by adean96
September 02, 2010, 03:01:29 PM

Re: Ikan Haruan. by adean96
September 02, 2010, 02:35:26 PM

Re: Makanan Ikan Keli - Seperti siaran MAJALAH 3 Yang lalu... ( makanan terlaris ) by adean96
September 02, 2010, 02:29:13 PM

Re: PHER0-X (Minyak Wangi Pemikat Wanita/Isteri) by mrlelakiperkasa
September 02, 2010, 11:32:01 AM

Re: Playboy Medical Device.Alat Senaman Untuk Lelaki.. by mrlelakiperkasa
September 02, 2010, 11:31:11 AM

Re: Impikan Payudara Montok Dan Tegang..?Try Thanyaporn... by mrlelakiperkasa
September 02, 2010, 11:30:29 AM

Re: VIMAX Original Herba No.1 Di Dunia - Tambah Besar Dan Panjang by mrlelakiperkasa
September 02, 2010, 11:30:10 AM

Re: LIBIDO GEL (UBAT KUAT,UBAT TAHAN LAMA DIRANJANG !!!) by mrlelakiperkasa
September 02, 2010, 11:26:34 AM

Re: Pherolins Wangian Istimewa Pemikat Lelaki !!! by mrlelakiperkasa
September 02, 2010, 11:25:58 AM

Re: Alat senaman untuk lelaki. Promosi Hebat Handsome Up RM129 sahaja !!! by mrlelakiperkasa
September 02, 2010, 11:25:34 AM

Powered by EzPortal
Powered by MySQL Powered by PHP Powered by SMF 2.0 RC1 | SMF © 2006–2009, Simple Machines LLC Valid XHTML 1.0! Valid CSS!