Pertanian Adalah Perniagaan
Welcome, Guest. Please login or register.
Did you miss your activation email?
September 04, 2010, 01:49:40 PM

Login with username, password and session length
Search:     Advanced search
3061 Posts in 915 Topics by 2168 Members
Latest Member: khairuddin
* Home Forum Help Login Register
Peladang Yang Rajin Kesini
DemDrumB
Posts: 953
aminagrotech
Posts: 418
syazwan
Posts: 170
penternakjutawan
Posts: 169
Cik_Liyana
Posts: 147
samdaddycool
Posts: 120
notrexdame
Posts: 114
mrlelakiperkasa
Posts: 93
SYAM GHAZ
Posts: 55
globalexm
Posts: 50
URBAN
Posts: 40
administrator
Posts: 39
fihir
Posts: 36
kebergz
Posts: 35
abghalim
Posts: 30
anuarmne
Posts: 29
adioz88
Posts: 28
ListOemSoftware
Posts: 25
SuperPremiumListOEM
Posts: 24
zool
Posts: 24
RAKAN2 ATAS TALIAN
6 Guests, 0 Users
PENGIKLANAN PELBAGAI PRODUK
KEPADA RAKAN-RAKAN YANG BERMINAT UNTUK MELETAKKAN IKLAN DI SEKSYEN PENGIKLANAN DI SINI SILA INFORM SAYA, IANYA FREE.. IKLAN PERLU DALAM BENTUK GRAFIK YANG BERSAIZ 120px × 120px , TERIMA KASIH.

Pertanian Adalah Perniagaan  |  Forum  |  Pusat Pengiklanan dan Urusniaga  |  Iklan dan Urus Niaga (Penternakan sahaja)  |  Topic: Kandang Tahan Lama, Kurang Maintenance! 0 Members and 1 Guest are viewing this topic. « previous next »
Pages: [1] 2 Go Down Print
Author Topic: Kandang Tahan Lama, Kurang Maintenance!  (Read 1728 times)
fazudin
Guest
« on: April 19, 2008, 09:44:59 PM »

Salam semua,

Saya lihat jumlah keahlian didalam forum ini meningkat sedikit demi sedikit, tidak mengapa kita biarkan perkembangan ini berterusan. Lama-kelamaan ramailah ahlinya.

Saya hendak mengajak saudara dan saudari sekalian berdiscuss dengan saya berkenaan - Kandang Tahan Lama, Kurang Maintenance. Tapi post saya ini berada di ruangan iklan, sudah tentu saya hendak mengiklankan sesuatu. Pada mulanya saya letak post ni di kolum Sembang Penternakan (rasanya tak sesuai, jadi saya ubah ke sini). Saya menaip post ni pada pukul 9 malam, malam je lah masa yang boleh saya luangkan untuk berinternet, sianghari sibuk dengan urusan di ladang.

Baiklah saya mulakan sekarang ceritanya. Saya memulakan perniagaan ternakan kambing dan biri-biri pada 31 Ogos 2006. Setelah berkursus dan melakukan amalan ternakan secara praktikal baru kita nampak sebarang kelebihan dan kekurangan yang kita amalkan. Setiap kelemahan kita atasi satu persatu - menjadi bertambah baik dari hari ke hari. Yang baik kita teruskan - begitulah keadaannya.

Penyelenggaraan kandang - maintenance adalah perkara yang tidak dapat dielakkan, setiap maintenance memerlukan kos. Dalam masa yang sama anda perlu fikirkan cara - bagaimana untuk mengurangkan kos tetapi tidak mengurangkan kualiti. Bermula pada bulan Mei 2007, kami mula wujudkan team engineering dalam perniagaan kami. Apakah perkara pertama dalam penyelenggaraan kandang yang kami hadapi. Dalam tempoh baru satu tahun, nampaknya kandang kayu sudah ada tanda-tanda mereput - palang petak kurungan, ada yang hendak patah dikerjakan oleh kambing, lantai pun ada yang reput. Kos mula dikeluarkan, maintenance demi maintenance dilakukan, walaupun sedikit demi sedikit, sedar tidak sedar beribu lah juga kos yang ditanggung.

Persoalannya sekarang, apa kata kita cipta kandang yang paling kurang maintenance (pendek kata hampir tiada maintenance). Akhirnya kami membina kandang besi, R&D dilakukan, akhirnya kandang besi pertama telah siap didirikan diatas tanah seluas 5 ekar di cawangan kami di Batu Hampar, Rembau. Kami anggap kandang tersebut sebagai kandang percubaan (kena guna dahulu kandang tersebut baru tahu mana yang kurang untuk diperbaiki). Sekarang sudah 4 bulan digunakan sejak Disember 2007 yang lepas.

Bulan Mei 2008 ini, kami akan dirikan sebuah lagi kandang besi yang sudah dinaiktaraf dan ianya akan mula untuk kami menerima tempahan.

sambung lagi ...

(p/s: saya akan upload gambar)
Logged
hamid
Petani
**
Offline Offline

Posts: 14

« Reply #1 on: April 21, 2008, 11:23:34 AM »

Saya amat bersetuju apa yang diperkatakan mengenai masalah kandang kayu yang maintenance,Saya berpeluang melihat contoh kandang yang diperbuat drpd besi dan kayu di Pusat Pembiakan Kambing di Gajah Mati,Kedah.
Pada pendapat saya amat sesuai,mungkin kos awal untuk pembuatan agak tinggi tetapi ntuk janka masa yang panjang,menguntungkan.
Logged
samdaddycool
Usahawantani Global
*****
Offline Offline

Posts: 120


WWW
« Reply #2 on: April 21, 2008, 01:48:12 PM »

Salam..

menarik thread ni.. Saya sendiri pernah tgk cth kandang yg dibuat daripada besi .
Tapi waktu tu saya tak terlintas nak tanyakan soalan..
so soalan saya...


1. Sifat kambing suka menggesel pada dinding kandang, jadi apa risiko karat di situ?
2. Kambing suka mamah kayu.. besi dia try tak mamah / gigit?
3. lantai besi ke kayu?
Logged

fazudin
Guest
« Reply #3 on: April 21, 2008, 03:04:48 PM »

Salam semua ahli Jutawantani,

Terima kasih kepada individu yang sudi berhubung dengan saya, saya akan membantu selagi yang mampu. Baiklah saya akan memberi jawapan kepada soalan yang diajukan oleh Samdaddycool.

Salam..

menarik thread ni.. Saya sendiri pernah tgk cth kandang yg dibuat daripada besi .
Tapi waktu tu saya tak terlintas nak tanyakan soalan..
so soalan saya...


1. Sifat kambing suka menggesel pada dinding kandang, jadi apa risiko karat di situ?
2. Kambing suka mamah kayu.. besi dia try tak mamah / gigit?
3. lantai besi ke kayu?

J1: Keseluruhan kandang menggunakan besi galvani (galvanized iron). Mampu bertahan daripada karat (dianggarkan mencapai 30 tahun).

J2: Ya. Itu sudah menjadi tabiat kambing dan juga biri-biri, besipun ia cuba mamah. Tapi jangan risau, tiada apa-apa yang berlaku.

J3: Kami menggunakan lantai plastik. Yang menariknya pada lantai plastik ialah, ia cepat kering dan mudah untuk dicuci.
Logged
Cik_Liyana
Global Moderator
Usahawantani Global
*****
Offline Offline

Posts: 147


Cemerlang Tani Sdn Bhd

« Reply #4 on: April 22, 2008, 12:44:43 PM »

saya pernah lihat kandang bawah..
i mean atas tanah..
di Malaysia bukan di luar negara..
boleh komen pro n cons dia x?
Logged

http://cemerlangtani.blogspot.com
Menternak/ Membekalkan kambing & lembu untuk ibadah Qurban, Aqiqah & Sembelihan
Membekalkan makanan (Pellet, Hampas Soya & Gandum)
Membekalkan Baja Organik tinja kambing yg diperkaya dengan EM
Penghantaran terhad di area JB, Kota Tinggi & Kluang shj
samdaddycool
Usahawantani Global
*****
Offline Offline

Posts: 120


WWW
« Reply #5 on: April 22, 2008, 01:23:30 PM »

saya pernah lihat kandang bawah..
i mean atas tanah..
di Malaysia bukan di luar negara..
boleh komen pro n cons dia x?

...pada pendapat saya. masalah yg paling ketara,
tahi.. payah nak bersihkan, dan kalu dah ada tahi, menyebabkan byk prob pada si hensem (kmbng)...

... kelebihan, - senang loading / unloading kmbng / makanan...
.... jimat material nak buat...
... ....
Logged

aminagrotech
Global Moderator
Usahawantani Global
*****
Offline Offline

Posts: 418


Sekiranya kau bertanya pada aku...akupun tak tahu.

WWW
« Reply #6 on: April 22, 2008, 04:13:47 PM »

salah satu tips untuk memanjangkan jangka hayat kayu....sila sapu dengan minyak hitam pada kayu tersebut...InsyaAllah..tahan lama...tapi kalu kambing mamah kayu tu ade effect tak? hehehe....
Logged

PROJEK TERNAKAN/PERTANIAN MAMPU MILIK RAKYAT MALAYSIA
http://aminagrotech.blogspot.com/

PROJEK TERNAKAN MINI JUTAWAN
http://dekebun.blogspot.com/
Cik_Liyana
Global Moderator
Usahawantani Global
*****
Offline Offline

Posts: 147


Cemerlang Tani Sdn Bhd

« Reply #7 on: April 22, 2008, 09:07:31 PM »

camtu yer..
ade tips lagi dari bro amin..
sapu minyak tu sikit je ye?
Logged

http://cemerlangtani.blogspot.com
Menternak/ Membekalkan kambing & lembu untuk ibadah Qurban, Aqiqah & Sembelihan
Membekalkan makanan (Pellet, Hampas Soya & Gandum)
Membekalkan Baja Organik tinja kambing yg diperkaya dengan EM
Penghantaran terhad di area JB, Kota Tinggi & Kluang shj
syazwan
Global Moderator
Usahawantani Global
*****
Offline Offline

Posts: 170

im still a freshiess

« Reply #8 on: April 22, 2008, 09:31:44 PM »

berape anggaran kasar kos kandang dan size yg saudara buat? saya pernah gak tgk kandang besi kat mardi masa maha 2006...  nampak kemas... andai kata kami ingin melawat tapak ke tempat saudara boleh ke?  ;D
Logged

im still a freshiess
Cik_Liyana
Global Moderator
Usahawantani Global
*****
Offline Offline

Posts: 147


Cemerlang Tani Sdn Bhd

« Reply #9 on: April 22, 2008, 09:37:11 PM »

saya pun nak tau juga kos nya..
kalau berpatutan, bolehla apply loan tuk buat kandang besi lain kali (^_^)^_^)
Logged

http://cemerlangtani.blogspot.com
Menternak/ Membekalkan kambing & lembu untuk ibadah Qurban, Aqiqah & Sembelihan
Membekalkan makanan (Pellet, Hampas Soya & Gandum)
Membekalkan Baja Organik tinja kambing yg diperkaya dengan EM
Penghantaran terhad di area JB, Kota Tinggi & Kluang shj
fazudin
Guest
« Reply #10 on: April 23, 2008, 12:20:26 AM »

Saya lampirkan disini imej kandang, sila lihat lantai plastik yang kami gunakan:



Untuk pengetahuan semua, inilah kandang percubaan yang kami guna sejak Disember lepas.
Logged
fazudin
Guest
« Reply #11 on: April 23, 2008, 02:05:25 AM »

Tidak sangka saya menerima reply memberangsangkan daripada anda semua, terima kasih.

Berikut adalah spesifikasi kandang:
1. Saiz: 19 x 50 kaki.
  • Kurungan besar berukuran 10 x 10 (5 petak)
  • Kurungan kecil berukuran 5 x 5 (10 petak)
  • Laluan ditengah berukuran 4 kaki

2. Material
  • Badan: Besi galvani.
  • Bumbung: Metal deck.
  • Lantai: Plastik.

Harga: RM60,000.00



Nota:
  • Kandang yang ideal adalah kandang yang mengambil kira aspek keperluan ternakan.
  • Kadangkala penternak terlupa bahawa mereka mengambil kira keselesaan mereka bekerja sehinggakan terlupa aspek penting yang perlu diberi perhatian seperti kurungan kecil, pengudaraan yang baik, pencahayaan yang baik dsb.
  • Kurungan besar - 10 kaki adalah saiz yang ideal untuk 1 jantan dan 8 betina. Ini bermakna bagi setiap unit kandang hanya terdapat 45 ekor kambing atau biri-biri.
  • Kurungan kecil - Digunakan untuk menempatkan ibu yang bunting dan juga ibu bersama anak yang baru lahir sehingga tiba tempoh cerai susu. Satu petak 5 x 5 hanya menempatkan seekor sahaja ibu bersama anaknya. Anda sudah tentu biasa berhadapan dengan situasi ibu yang keguguran, anak mati akibat dipijak, perkara ini berlaku disebabkan tidak memberi perhatian kepada aspek tersebut. Sedangkan, kelahiran anak adalah harta yang bernilai.
  • Saiz 19 x 50 adalah ideal untuk breeding (proses biak). Sebab itulah, setiap kurungan besar menempatkan seekor jantan, ini bermakna ada 5 jantan dalam satu kandang bagi setiap petak tersebut supaya proses mengawan berterusan.
  • Saiz 19 x 50 juga tidak terlalu panjang - apa kelebihannya: Kawalan penyakit, boleh fokuskan kandang mengikut tujuannya seperti Kandang A untuk baka tertentu, Kandang B untuk anak-anak yang sudah cerai susu dsb mengikut keperluan anda.

Sekian info daripada saya untuk kali ini, saya akan sambung lagi.
Logged
samdaddycool
Usahawantani Global
*****
Offline Offline

Posts: 120


WWW
« Reply #12 on: April 23, 2008, 09:46:11 AM »

Salam...

Bro Fazudin... saya dah masukkan post pasal kandang ni dlm blog saya. Bole check kat http://kambing-jamnapari.blogspot.com/2008/04/kandang-kambing-besi-plastik.html
Logged

Cik_Liyana
Global Moderator
Usahawantani Global
*****
Offline Offline

Posts: 147


Cemerlang Tani Sdn Bhd

« Reply #13 on: April 23, 2008, 10:03:38 AM »

boleh saya tau plastik tuk lantai tu dari material ape?
sbb kambing ni bukan saje berat..ganas pula tu..
Logged

http://cemerlangtani.blogspot.com
Menternak/ Membekalkan kambing & lembu untuk ibadah Qurban, Aqiqah & Sembelihan
Membekalkan makanan (Pellet, Hampas Soya & Gandum)
Membekalkan Baja Organik tinja kambing yg diperkaya dengan EM
Penghantaran terhad di area JB, Kota Tinggi & Kluang shj
fazudin
Guest
« Reply #14 on: April 23, 2008, 06:53:44 PM »

berape anggaran kasar kos kandang dan size yg saudara buat? saya pernah gak tgk kandang besi kat mardi masa maha 2006...  nampak kemas... andai kata kami ingin melawat tapak ke tempat saudara boleh ke?  ;D

AlhamdulilLah, projek kandang besi kami yang kedua berjalan dengan lancar sebagaimana perancangan. Kami sedang dirikan kandang yang telah dinaiktaraf pada masa ini, apabila siap nanti saya akan beritahu kepada anda semua. Lebih baik anda datang melihat kandang baru ini siap. Tunggu bulan Jun ini jika tiada halangan menimpa.

Sekian.
« Last Edit: April 23, 2008, 10:38:35 PM by fazudin » Logged
Pages: [1] 2 Go Up Print 
Pertanian Adalah Perniagaan  |  Forum  |  Pusat Pengiklanan dan Urusniaga  |  Iklan dan Urus Niaga (Penternakan sahaja)  |  Topic: Kandang Tahan Lama, Kurang Maintenance! « previous next »
 

Pengiklanan Pelbagai Produk
Salam rakan-rakan, Kepada Sesiapa yang berminat untuk mengiklankan produk disini diharap dapat hubungi saya di syazwan@jutawantani.com . Tiada kos pengiklanan dikenakan, ianya FREE!!
Forum Jutawantani
Untuk Ke Forum
Topik yang sedang berjalan
KELI ORGANIK BAKA PEJAL by adean96
September 02, 2010, 03:01:29 PM

Re: Ikan Haruan. by adean96
September 02, 2010, 02:35:26 PM

Re: Makanan Ikan Keli - Seperti siaran MAJALAH 3 Yang lalu... ( makanan terlaris ) by adean96
September 02, 2010, 02:29:13 PM

Re: PHER0-X (Minyak Wangi Pemikat Wanita/Isteri) by mrlelakiperkasa
September 02, 2010, 11:32:01 AM

Re: Playboy Medical Device.Alat Senaman Untuk Lelaki.. by mrlelakiperkasa
September 02, 2010, 11:31:11 AM

Re: Impikan Payudara Montok Dan Tegang..?Try Thanyaporn... by mrlelakiperkasa
September 02, 2010, 11:30:29 AM

Re: VIMAX Original Herba No.1 Di Dunia - Tambah Besar Dan Panjang by mrlelakiperkasa
September 02, 2010, 11:30:10 AM

Re: LIBIDO GEL (UBAT KUAT,UBAT TAHAN LAMA DIRANJANG !!!) by mrlelakiperkasa
September 02, 2010, 11:26:34 AM

Re: Pherolins Wangian Istimewa Pemikat Lelaki !!! by mrlelakiperkasa
September 02, 2010, 11:25:58 AM

Re: Alat senaman untuk lelaki. Promosi Hebat Handsome Up RM129 sahaja !!! by mrlelakiperkasa
September 02, 2010, 11:25:34 AM

Powered by EzPortal
Powered by MySQL Powered by PHP Powered by SMF 2.0 RC1 | SMF © 2006–2009, Simple Machines LLC Valid XHTML 1.0! Valid CSS!