Pertanian Adalah Perniagaan
Welcome, Guest. Please login or register.
Did you miss your activation email?
September 04, 2010, 03:07:30 PM

Login with username, password and session length
Search:     Advanced search
3061 Posts in 915 Topics by 2168 Members
Latest Member: khairuddin
* Home Forum Help Login Register
Peladang Yang Rajin Kesini
DemDrumB
Posts: 953
aminagrotech
Posts: 418
syazwan
Posts: 170
penternakjutawan
Posts: 169
Cik_Liyana
Posts: 147
samdaddycool
Posts: 120
notrexdame
Posts: 114
mrlelakiperkasa
Posts: 93
SYAM GHAZ
Posts: 55
globalexm
Posts: 50
URBAN
Posts: 40
administrator
Posts: 39
fihir
Posts: 36
kebergz
Posts: 35
abghalim
Posts: 30
anuarmne
Posts: 29
adioz88
Posts: 28
ListOemSoftware
Posts: 25
SuperPremiumListOEM
Posts: 24
zool
Posts: 24
RAKAN2 ATAS TALIAN
14 Guests, 0 Users
PENGIKLANAN PELBAGAI PRODUK
KEPADA RAKAN-RAKAN YANG BERMINAT UNTUK MELETAKKAN IKLAN DI SEKSYEN PENGIKLANAN DI SINI SILA INFORM SAYA, IANYA FREE.. IKLAN PERLU DALAM BENTUK GRAFIK YANG BERSAIZ 120px × 120px , TERIMA KASIH.

Pertanian Adalah Perniagaan  |  Forum  |  Sektor Perikanan/Akuakultur  |  Bincang Perikanan dan Akuakultur  |  Topic: Ikan Keli Kanvas 0 Members and 1 Guest are viewing this topic. « previous next »
Pages: [1] 2 3 Go Down Print
Author Topic: Ikan Keli Kanvas  (Read 12859 times)
halimkjg
Freshie
*
Offline Offline

Posts: 4

« on: December 13, 2007, 08:56:07 PM »

Askum...saya nak buat ternakan ikan keli dalam kanvas,ada rakan2 sini dah ada pengalaman? boleh share sama... :D

saya ikuti kursus yg dianjurkan oleh BRINTAM (m) sdn.bhd..HALAL SUCI DAN BERSIH..
Logged
syazwan
Global Moderator
Usahawantani Global
*****
Offline Offline

Posts: 170

im still a freshiess

« Reply #1 on: December 17, 2007, 12:05:15 PM »

Hasil ternakan tuh kita kene jual ke brintam ke? dan selalunya berape ekor yg diminta... aku pernah dengar brintam tuh.. tapi tak tahu dengan lebih detail...
Logged

im still a freshiess
halimkjg
Freshie
*
Offline Offline

Posts: 4

« Reply #2 on: December 17, 2007, 08:26:55 PM »

Hasil ternakan tuh kita kene jual ke brintam ke? dan selalunya berape ekor yg diminta... aku pernah dengar brintam tuh.. tapi tak tahu dengan lebih detail...

bukan kita kena jual tapi mereka akan ambil balik ikut pada perjanjanjian kontrak..kita kena capai target ikan tu sebenarnya,size 5-6 ekor 1 kilo memang pasaran yang terbaik..boleh cecah 2 tan 10 kolam...memang nampak susah tapi senang kalau kita faham macamne caranya,dan ramai yg merungut bila mereka bela hasil yg mereka jual tak balik modal...kerana mereka sebenarnya tiada kesungguhan dan mengambil tahu perihal ikan...main2 kot? tapi berita TV malam tadi paklah ada kata BUAT BETUL2... ;)
Logged
aminagrotech
Global Moderator
Usahawantani Global
*****
Offline Offline

Posts: 418


Sekiranya kau bertanya pada aku...akupun tak tahu.

WWW
« Reply #3 on: December 17, 2007, 10:37:54 PM »

just nak share pengalaman...sahabat saya menternak keli dalam kanvas...tapi kurang menjadi...dan sekarang menjadi fasilitator pada syarikat tersebut...tapi jangan khuatir..ikan keli ni besar market dia...bak kata Pak Lah...'buat betul-betul' hehehehe....
Logged

PROJEK TERNAKAN/PERTANIAN MAMPU MILIK RAKYAT MALAYSIA
http://aminagrotech.blogspot.com/

PROJEK TERNAKAN MINI JUTAWAN
http://dekebun.blogspot.com/
aquawave1
Freshie
*
Offline Offline

Posts: 7

« Reply #4 on: January 14, 2008, 11:52:29 AM »

saya pun nak share cerita dari kawan saya... skrg ni berintam biarkan saje pengusaha yg buat keli dengan dia... kawan saya cite lah, skrg ni bila call je mesti tak berangkat... last2 di pi jual sendiri kat kedai2  n dari rumah ke rumah...

aku satu lagi ni.... dia cakap ikan dia byk mati dah... telefon berintam suh tengok kolam... samapi kesudah ikan banyak mati, tapi tak ada wakil company yg dtg....

pastu yg ni aku dengar cite dari pembekal kanvas, dia kata company dah batalkan tempahan...

aku pun tak tau lah kebenarannya... tapi ni aku dgr dari org2 yg penah buat ngan berintam...

la ni aku dengar lak dia dah tukar nama company... aku pun tak tau apa sbb...

selidik2 lah dulu sebelum terkena...
Logged
aminagrotech
Global Moderator
Usahawantani Global
*****
Offline Offline

Posts: 418


Sekiranya kau bertanya pada aku...akupun tak tahu.

WWW
« Reply #5 on: March 31, 2008, 10:17:06 AM »

maaf kalu ade yang terasa..ada sahabat memberitahu...sebenarnya kompeni 'berianigam' ini juga kompeni baru...kurang pengalaman..kesian pada sahabat yang sanggup berenti kerja semata2 menternak keli...sebelum buat sesuatu projek...study/kaji sedalamnya...dan buat keputusan yang terbaik...jangan terpengaruh dengan cakap orang lain....just my 10 cents.

-lu pikir la sendiri!!!- ;D
Logged

PROJEK TERNAKAN/PERTANIAN MAMPU MILIK RAKYAT MALAYSIA
http://aminagrotech.blogspot.com/

PROJEK TERNAKAN MINI JUTAWAN
http://dekebun.blogspot.com/
SYAM GHAZ
Usahawantani
****
Offline Offline

Posts: 55


Hidup hanya sementara...

WWW
« Reply #6 on: April 08, 2008, 04:05:23 PM »

Salam,

Shbt2 peminat dan penternak ikan keli:

ada berberapa perkara yang saya ingin bangkitkan sebagai renungan dan pandangan saya diatas pertanyaan dan pendapat shbt2;

ada berberapa perkara yang perlu diperhatikan sebelum anda semua ternak ikan keli dalam kanvas:

1. kesesuai habitat keli - yg suka duk dalam lumpur.

- andaikata dibela juga dalam kanvas, ia memang boleh. tapi akhirnya ia akan menyebabkan ikan keli tersebut menjadi lebih kecil dan lambat membesar(lambat membesar dikira kos... kerana kena bagi makan-dedak), yg besar menjadi dominan dan yang keli kecil menjadi kelompok minoriti dalam kanvas yang kecil akhirnya mati!

2. kos makanan yang tinggi,

- bila guna kanvas, tiada jalan lain nak kena bagi makan kecuali makan dedak. kerana jika bagi perut ayam or agro waste yang lain, menyebabkan kolam menjadi busuk, berpenyakit dan menyebabkan kos tinggi untuk menyalin air kanvas(air mahal skrg ni - kec. gali telaga sendiri - tapi elektrin pula) setiap kali bagi mknn mcm diatas.

- kesudahannya, shbt2 semua tetap kena bagi dedak. harga dedak ikan skrg cukup2 tinggi? mampukah kita semua nak tampung kos makanan tersebut, yg akhirnya akan mengurangkan margin keuntungan yang patut kita terima setiap bulan?


3. kos kanvas yang mahal - rm1500 per unit--- ini jika di KB, jika ditempat lain. saya pasti harganya lebih maha.

1 buah kanvas mampu menampung paling maksimum 700 ekor ikan keli. agak2nya brapa kanvaskah yang mampu tingkatkan produktiviti dan penggunaan sumber secara efisyen?
20 buah utk skala komersil biasanya.

20 buah x 1500=rm30,000 untuk kanvas shja sdr sudah belanjakan. ia tidak termasuk dgn kos paip, enjin air, jaring, promosi, kenderaan-minyak, upah pekerja dll.

last2 skali siapa yang untung agaknya??

penjual dedak
penjual benih ikan keli
penjual kanvas
penjual batang paip
penjual enjin air

shbt2 semua mcmn?

makin hari makin cerut perut sebab modal kena keluar makin besar, sebab kena tanggng kos makanan yang makin hari makin meningkat. kos makanan merupakan kos operasi terbesar dalam projek ikan keli kanvas(selain dari kos tetap spt kanvas dll)

bila nak jual, tiada permintaan dan tiada pemborong nak beli? sebab apa?

mereka nak beli semua barang dgn harga murah. andaikata shbt2 jual dgn harga mahal(sebab kena tanggung kos operasi yg tinggi), sudah pasti mereka tidak akan membelinya daripada shbt2.

cadangan saya;

1. teknologi ini baik hanya untuk pengusaha kawasan bandar yg tiada kawasan atau tanah untuk dibuat kolam sahaja. andaikata ingin buat, kena buat secara komersil, baru dapat meningkatkan produktiviti.

2. guna sistem kolam tanah scra sistematik- tgk balik apakah kelemahan sistem kolam? adakah ia lebih baik atau sebaliknya?.

bagi saya ia adalah lebih baik dari sistem keli kanvas yang diperkenalkan sekarang. kerana ia lebih menjimatkan dan 'mesra rakyat';

- bina 1 kolam yg boleh memuatkan 30,000 ekor keli hanya perlu upah orang gali dalam rm1500 shaja/day. tambah rm500 lagi untuk jaring dan itu sahaja. berbanding dgn kos RM30,000 untuk kanvas? mana lebih jimat?

- kos makanan? murah dan menjimatkan, cuma ambil FREE perut2 ayam, ikan lebih, nasi2 lebih dsbnya dan bagi ikan2 keli anda makan... semuanya adalah percuma dan boleh diperolehi dgn mudah. boleh dikatakan anda tidak perlu mengeluarkan langsung untuk kos makanan, kalo keluar pun hanya untuk minyak dan beli sikit dgn harga yg cukup2 murah.

- tiada kos untuk UTILITI - air, elektrik, mesin pam, tangki, dll.

- ikan keli cepat membesar, sesuai dgn habitatnya dan lebih mesra alam - kitar semula hasil pertanian.

3. andaikata nak usaha juga projek ini, sdr2 kena fikirkan teknologi untuk mengetinkan ikan keli, jadi IKAN KELI SARDIN dan lawan sardin cap ayam dsbnya. jual dgn harga yg kompetetif dan masuki pasaran halal. ia secara langsung dapat menjimatkan kos bg ikan makan, kerana selepas 40 hari... ikan keli sudah cukup besar dan makan BANYAK.

4. cuba lihat prospek jual anak keli - kosnya lagi murah dan menguntungkan. harga pasaran tahun lepas, rm0.20 seekor bagi seekor anak keli yang saiznya cuma 2cm. mcmn? menarik bukan?

5.kena wujud rantaian makanan semua penternak ikan keli di Malaysia... dari

- buat Dedak - benih - kolam - pemborong -restoran/hotel-pemasaran dan akhirnyta kepada pengguna.

barulah dapat untung banyak dan dapat kurangkan kos.

harap dapat membantu sahabt2 semua, padangan saya ini hanya berbentuk cadangan dan bukan niat saya untuk mengkritik mana2 pihak.

hanya skdr padangan untuk meneutralkan kegelojohan kita semua. bagi saya, shbt2 semua kena teliti dan analisis sebaik mungkin semua aspek mana2 projek yg sdra ingin jalankan. supaya ia bedaya saing dan menguntungkan semua pihak.

jangan buat hanya semata2 disebabkan trend. kerana sejarah sudah membuktikan. ayam serama sudah hilang warna, ikan flower horn sudah karam dilautannya, arnab entah kemana dan banyak lagi projek2 baru diperkenalkan sudah tengelam dll.

buatlah yang terbaik untuk diri anda, keluarga anda, masyarakat dan negara. perhatikan betul2... kerana anak2 anda sedang menanti 'rezeki' datang dari anda.


all the best! harap pandangan ini dapat membantu.

buatlah solat istiqharah dulu sebelum buat pilihan, insyaAllah Allah bersama-mu. sy sentiasa mendoakan kejayaan shbt2 saya :)

syam ghaz.

p/s; sy sudah memulakan 2nd step... sape2 nak beli dedak kambing atau kuda bolehlah tempah dgn saya ya. InsyaAllah jangka masa panjang saya juga ada niat untuk keluarkan makanan ternakan ikan termurah dan mampu milik untuk semua.
Logged

Berniaga kerana Allah.... InsyaAllah Allah bersamamu.
www.usahawantani-kelantan.blogspot.com
aminagrotech
Global Moderator
Usahawantani Global
*****
Offline Offline

Posts: 418


Sekiranya kau bertanya pada aku...akupun tak tahu.

WWW
« Reply #7 on: April 09, 2008, 05:47:40 PM »

p/s; sy sudah memulakan 2nd step... sape2 nak beli dedak kambing atau kuda bolehlah tempah dgn saya ya. InsyaAllah jangka masa panjang saya juga ada niat untuk keluarkan makanan ternakan ikan termurah dan mampu milik untuk semua.

Terima kasih bro Syam atas info yang bagus...dan pastikan Projek Mampu Milik untuk semua petani/penternak menjadi realiti...InsyaAllah.

p/s Projek Ternakan/Pertanian Mampu Milik Rakyat Malaysia...http://aminagrotech.blogspot.com/
Logged

PROJEK TERNAKAN/PERTANIAN MAMPU MILIK RAKYAT MALAYSIA
http://aminagrotech.blogspot.com/

PROJEK TERNAKAN MINI JUTAWAN
http://dekebun.blogspot.com/
SYAM GHAZ
Usahawantani
****
Offline Offline

Posts: 55


Hidup hanya sementara...

WWW
« Reply #8 on: April 16, 2008, 10:36:53 AM »

Sama2 Bro Amin Agrotech, bro amin lagi espert.

Saya ada sedikit cadangan utk projek ikan keli kanvas ni, apakata semua penternak ikan keli kanvas di malaysia buat;

1. persatuan penternak ikan air tawar (khusus untuk ikan keli atau kemersil shja)

2. gesa Jabatan Perikanan untuk mewujudkan Kilang Memproses KELI SARDIN - secara tak langsung keli yg tak habis dijual, boleh dibuat sardin dan produk hiliran makin banyak serta menguntungkan semua pihak. lagipun Jabatan Perikanan yang memperkenalkan kaedah ini.

3. cuba semak balik yg mana2 lebih viable, antara ternak keli dalam kanvas atau dalam kolam?

dan akhirnya, apakata jika shbt2 PENGUSAHA ternakan keli KANVAS ini membuat satu lagi projek baru hasil daripada projek keli kanvas ni..

usahakan projek KELI SARDIN andaikata Jabatan Perikanan tak mahu buat. Lagipun shbt2 semua BOLEH TEMBUSI pasaran tempatan dan yang lebih luas adalah pasaran HALAL seluruh DUNIA.

di PAsir Puteh, Kelantan dah ada pengusaha yang cuba pengetinkan ikan keli. ikan keli ini lebih bagus berbanding ikan sardin, kerana ia mempunyai OMEGA 3 dan bagus untuk kesihtan, biasanya omega 3 hanya dimiliki oleh ikan laut dalam shaja.

semoga berjaya.

Syam Ghaz
www.usahawantani-kelantan.blogspot.com
Logged

Berniaga kerana Allah.... InsyaAllah Allah bersamamu.
www.usahawantani-kelantan.blogspot.com
SYAM GHAZ
Usahawantani
****
Offline Offline

Posts: 55


Hidup hanya sementara...

WWW
« Reply #9 on: April 16, 2008, 10:40:47 AM »

Cuba baca, KOMEN dan PERBINCANGAN shbt2 Penternak Ikan Keli dari Blog Saya;

"Saya dapat maklumat projek keli knvas sudah gagal..... belum ada pengusaha kanvas yag betul2 berjaya.... kat klang pengusaha kanvas membiarkan ikan besar sehingga 2 kilo sekor... sbb tiada pasaran n harga mahal sgt... kat selangor pengusaha keli kanvas dibiarkan shj selepas syarikat kaut keuntungan dari jual kanvas... kwn saya dah byr RM20K utk sistem kanvas tp skrg ni kanvas pun x nampak...

Saya rasa keli kolam kanvas adalah pasaran yg gagal... mana ada pemborong nak beli sekilo rm4.00... kecuali syarikat ambik pastu di biar dlm kolam simpanan sampai keli nampak tulang..."


Saya hanya copy shja, untuk maklumat penuh sila ke :

http://usahawantani-kelantan.blogspot.com/2007/03/ternakan-ikan-keli-kanvas-peluang-baru.html#comments

apa pendapat shbt2 semua?

tentang cadangan saya dalam post kat atas dan pandangan shbt kita ni?

Slmt berbincang & letakkan niat kita berbincang tu kerana Allah, inyaAllah akan ada jalan penyelesaian terbaik.

smga berjaya.
Logged

Berniaga kerana Allah.... InsyaAllah Allah bersamamu.
www.usahawantani-kelantan.blogspot.com
aminagrotech
Global Moderator
Usahawantani Global
*****
Offline Offline

Posts: 418


Sekiranya kau bertanya pada aku...akupun tak tahu.

WWW
« Reply #10 on: April 17, 2008, 05:54:51 PM »

yup...mana ada pemborong nak beli rm4/kg?? Di Rembau...pemborong beli lebih kurang rm2-rm3 jek...kalu kat pasar harga dah jadik rm5/kg...

p/s Mana pegi YB Rembau ni semenjak pilihanraya?? kena saman RM100juta ke?? hehehe...kat mana saya nak mengadu masalah ternakan saya ni?? hehehe... ;)
Logged

PROJEK TERNAKAN/PERTANIAN MAMPU MILIK RAKYAT MALAYSIA
http://aminagrotech.blogspot.com/

PROJEK TERNAKAN MINI JUTAWAN
http://dekebun.blogspot.com/
amayzz
Freshie
*
Offline Offline

Posts: 4

« Reply #11 on: April 25, 2008, 02:41:18 PM »

Hasil ternakan tuh kita kene jual ke brintam ke? dan selalunya berape ekor yg diminta... aku pernah dengar brintam tuh.. tapi tak tahu dengan lebih detail...

bukan kita kena jual tapi mereka akan ambil balik ikut pada perjanjanjian kontrak..kita kena capai target ikan tu sebenarnya,size 5-6 ekor 1 kilo memang pasaran yang terbaik..boleh cecah 2 tan 10 kolam...memang nampak susah tapi senang kalau kita faham macamne caranya,dan ramai yg merungut bila mereka bela hasil yg mereka jual tak balik modal...kerana mereka sebenarnya tiada kesungguhan dan mengambil tahu perihal ikan...main2 kot? tapi berita TV malam tadi paklah ada kata BUAT BETUL2... ;)


aku sokong kawan2 yg komen kat cini, hati2 bro, sebelum memulakan sesuatu mulakan dengan projek mini dulu 1 atau 2 kolam.jgn taksub kejar besar2an, sejarah jgn berulang dan sebgai guru sejarah bumiputera yg memulakan projek besar2an ramai yang lingkup kerana ilmu yg x cukup.
tanya kwn2,buat survey dulu gi lawat projek2 org len timba ilmu.

bab keli ni ko tanya shine agroculture, dia bela keli mungkin dia leh kongsi...
sahabat, mulakanlah dahulu dengan kecil2 lan, biar susah asalkan kita dapat timba ilmu, dan ilmu itu akan memandu kita menjadi seorang yang berjaya...

aku pernah tanya kos kanvas jer dalam rm300 untuk 1, besi leh tempat kat kedai.mesin dan filter cuba g kedai aqurium tanya diaorng tntg ilmu bela dalam knvas ni, jadi jgn labur rm20000 itu dgn kontrak farming, aku byk membaca forum sampai juling mata ::) masalah skrg kos makanan palet mahai sehingga mengalahkan margin keuntungan kite...

solat istikharah dulu bro, kita ada tuhan sbgai petunjuk

 ???petua org tua2 kata sape ada pusar dua atas kepala kalu jd penternak bagus, senang biak huhuhu jadi sape ada pusa dua tue cptlah jadi penternak hohohoho :-*
Logged
aminagrotech
Global Moderator
Usahawantani Global
*****
Offline Offline

Posts: 418


Sekiranya kau bertanya pada aku...akupun tak tahu.

WWW
« Reply #12 on: April 28, 2008, 05:57:31 PM »

Ya...mulakan dengan projek mini....macam Pusat Ternakan Mini Kambing Boer di http://aminagrotech.blogspot.com/...tq..
Logged

PROJEK TERNAKAN/PERTANIAN MAMPU MILIK RAKYAT MALAYSIA
http://aminagrotech.blogspot.com/

PROJEK TERNAKAN MINI JUTAWAN
http://dekebun.blogspot.com/
gimboe
Freshie
*
Offline Offline

Posts: 3

« Reply #13 on: June 12, 2008, 12:04:42 PM »

askum..
tak tau la thread ni on lagi ke tak..
saya tgh mencari2 info nak cuba bela ikan keli dalam poly tank
nak try as hobby dulu..kalu idup and dapt jual baru la nak start mega..hoho
saya ni tak tau pon camne nak bela tapi 1st step beli poly tank dah on..hahaha..

time nak masuk ikan terpikir la plak..bole idup ke nier..
for info tank dah beli 2unit size 200gallon..

ingat nak try masuk benih 100 ekor dulu..
saya nak tanya bro2 yang budiman and profesional..

camne nak bela nie?
kena ader waterflow system ker?(igtkan pakat bubuh je ikan n bagi makan pellet..org duk cakap ikan keli payah mampuih..takyah wat pump mcm bela ikan aquarium..betui ka?)
pastu nak belajar bela ikan keli ni kat mane yerk? jabatan pertanian bole tanyer ker? saya duk area kuantan nie..



Logged
SYAM GHAZ
Usahawantani
****
Offline Offline

Posts: 55


Hidup hanya sementara...

WWW
« Reply #14 on: June 15, 2008, 11:17:28 AM »

bgs jg usaha tu, ia tetap boleh hidup.

tapi habitat keli ia suka air berselut dan tanah lembik.

boleh cuba dulu, kalo berjaya teruskanlah.

nak belajr? cuba call jabatan perikanan negeri Kelantan dan g belatih di Pusat Ternakan Ikan Air Tawar kat situ, semua mereka ajar.

kursus 2 hari 2 malam, mula dari buat benih ikan(dpt jimatkan kos beli anak ikan jika dah andai), pilih jenis eg Spesis, perbandingan kolam kanvas dan kolam tanah(di tempat tu kedua2 ada), pelbagai jenis ikan air tawar dll.

semoga berjaya.

syam ghaz
p/s; aliran air keluar masuk penting untuk mempercepatkan proses pembesaran keli.

 
Logged

Berniaga kerana Allah.... InsyaAllah Allah bersamamu.
www.usahawantani-kelantan.blogspot.com
Pages: [1] 2 3 Go Up Print 
Pertanian Adalah Perniagaan  |  Forum  |  Sektor Perikanan/Akuakultur  |  Bincang Perikanan dan Akuakultur  |  Topic: Ikan Keli Kanvas « previous next »
 

Pengiklanan Pelbagai Produk
Salam rakan-rakan, Kepada Sesiapa yang berminat untuk mengiklankan produk disini diharap dapat hubungi saya di syazwan@jutawantani.com . Tiada kos pengiklanan dikenakan, ianya FREE!!
Forum Jutawantani
Untuk Ke Forum
Topik yang sedang berjalan
KELI ORGANIK BAKA PEJAL by adean96
September 02, 2010, 03:01:29 PM

Re: Ikan Haruan. by adean96
September 02, 2010, 02:35:26 PM

Re: Makanan Ikan Keli - Seperti siaran MAJALAH 3 Yang lalu... ( makanan terlaris ) by adean96
September 02, 2010, 02:29:13 PM

Re: PHER0-X (Minyak Wangi Pemikat Wanita/Isteri) by mrlelakiperkasa
September 02, 2010, 11:32:01 AM

Re: Playboy Medical Device.Alat Senaman Untuk Lelaki.. by mrlelakiperkasa
September 02, 2010, 11:31:11 AM

Re: Impikan Payudara Montok Dan Tegang..?Try Thanyaporn... by mrlelakiperkasa
September 02, 2010, 11:30:29 AM

Re: VIMAX Original Herba No.1 Di Dunia - Tambah Besar Dan Panjang by mrlelakiperkasa
September 02, 2010, 11:30:10 AM

Re: LIBIDO GEL (UBAT KUAT,UBAT TAHAN LAMA DIRANJANG !!!) by mrlelakiperkasa
September 02, 2010, 11:26:34 AM

Re: Pherolins Wangian Istimewa Pemikat Lelaki !!! by mrlelakiperkasa
September 02, 2010, 11:25:58 AM

Re: Alat senaman untuk lelaki. Promosi Hebat Handsome Up RM129 sahaja !!! by mrlelakiperkasa
September 02, 2010, 11:25:34 AM

Powered by EzPortal
Powered by MySQL Powered by PHP Powered by SMF 2.0 RC1 | SMF © 2006–2009, Simple Machines LLC Valid XHTML 1.0! Valid CSS!