Pertanian Adalah Perniagaan
Welcome, Guest. Please login or register.
Did you miss your activation email?
September 04, 2010, 02:40:41 PM

Login with username, password and session length
Search:     Advanced search
3061 Posts in 915 Topics by 2168 Members
Latest Member: khairuddin
* Home Forum Help Login Register
Peladang Yang Rajin Kesini
DemDrumB
Posts: 953
aminagrotech
Posts: 418
syazwan
Posts: 170
penternakjutawan
Posts: 169
Cik_Liyana
Posts: 147
samdaddycool
Posts: 120
notrexdame
Posts: 114
mrlelakiperkasa
Posts: 93
SYAM GHAZ
Posts: 55
globalexm
Posts: 50
URBAN
Posts: 40
administrator
Posts: 39
fihir
Posts: 36
kebergz
Posts: 35
abghalim
Posts: 30
anuarmne
Posts: 29
adioz88
Posts: 28
ListOemSoftware
Posts: 25
SuperPremiumListOEM
Posts: 24
zool
Posts: 24
RAKAN2 ATAS TALIAN
9 Guests, 0 Users
PENGIKLANAN PELBAGAI PRODUK
KEPADA RAKAN-RAKAN YANG BERMINAT UNTUK MELETAKKAN IKLAN DI SEKSYEN PENGIKLANAN DI SINI SILA INFORM SAYA, IANYA FREE.. IKLAN PERLU DALAM BENTUK GRAFIK YANG BERSAIZ 120px × 120px , TERIMA KASIH.

Pertanian Adalah Perniagaan  |  Forum  |  Sektor Penternakan  |  Bincang Penternakan  |  Topic: Boer - Tanya sama Koneng apa saja! 0 Members and 1 Guest are viewing this topic. « previous next »
Pages: [1] 2 3 ... 6 Go Down Print
Author Topic: Boer - Tanya sama Koneng apa saja!  (Read 7469 times)
koneng
Pra-Usahawantani
***
Offline Offline

Posts: 24

« on: January 21, 2008, 01:49:18 AM »

Salam.

Kepada sesiapa yang berminat. Sila lah tanya saya apa saja tentang kambing boer. InsyAllah, saya akan cuba menjawab sebaik mungkin.Jika ada sebarang artikel atau r&d baru tentang boer juga akan saya kongsi bersama anda.

Segala pandangan adalah dari pandangan peribadi saya sebagai penternak kambing boer yang biasa. Saya tidak akan bertanggungjawab atas segala kerugian kepada sesiapa jika fakta atau pandangan saya itu salah. Juga saya minta maaf jika pandangan saya membuat anda terasa atau tidak selari dengan apa yang anda ketahui.Saya bukan lah pandai atau mahir dalam selok belok boer ini, cuma ingin berkongsi idea dan pandangan secara percuma. Terpulang pada anda untuk menerima atau tidak.

Sekian, Terima kasih.

Logged
koneng
Pra-Usahawantani
***
Offline Offline

Posts: 24

« Reply #1 on: January 21, 2008, 08:31:35 PM »

Salam

Ramai orang yang berminat untuk berkecimpung dalam penternakan boer. Ada yang masih bekerja dan berani untuk terus bergiat secara sepenuh masa dan ada yang tidak mahu. Itu tidak lah menjadi persoalan yang besar.

Apa yang perlu di fikirkan adalah minat. Adakah anda minat untuk melakukannya. Jika minat. maka anda akan selesa dan bermotivasi tinggi untuk melakukannya.

Yang kedua adalah matlamat anda. Matlamat atau goal adalah perkara yg penting kerana ia menentukan halatuju dan dasar anda membuat keputusan. Adakah untuk hobi, investment or mata pencarian utama.

Selagi ini tidak dapat ditentukan, selagi itu anda akan was2 atau ragu2 untuk bermula.

Karang gua sambung lagi beb!
Logged
koneng
Pra-Usahawantani
***
Offline Offline

Posts: 24

« Reply #2 on: January 22, 2008, 12:41:23 AM »

Salam

Sambung lagi.

Setelah semua perkiraan halatuju selesai. Tibalah masa untuk merancang strategi untuk mencapai apa yang anda minati itu serta matlamat yang anda sudah putuskan. Anda perlu membuat kajian dari pelbagai sumber yg telah sedia ada. Melalui pembacaan, internat, penternak, Jabatan dan pelbagai media dan kajian yang telah dipaparkan. Sebaiknya, Untuk lebih tepat, cuba turun padang atau setidak2nya menghampiri subjek dengan lebih dekat. Contohnya lawatan ke kandang, kursus, atau survey di pasar2.

Segala kos, keuntungan, jualan atau capex akan perlu ada dalam rancangan perniagaan anda. Setelah unjuran tersebut di disiapkan, maka data atau petunjuk samada kuantitatif atau kualitatif perlu dianalisa.Perbanyakan kebarangkalian melalui pembolehubah yang anda ketahui.Cuba garapkan pelbagai senario untuk memberikan anda pilihan.

Setelah itu, anda akan dapat satu jumlah modal yang diperlukan untuk projek tersebut. Pada tahap ini, anda tidak perlu panik atau menyerah jika modal tidak mencukupi.Jika hasil kajian anda menberikan satu jumlah yang anda selesa sebagai hasil atau keuntungan sejajar dengan matlamat dan keupayaan anda maka itu adalah target anda.

Sekarang anda perlu rancang bagaimana anda boleh mendapatkan modal yang diperlukan. Senaraikan segala cara yang anda ada.Samada pinjaman dari kawan, bank, gomen or mak we.

Langkah seterusnya,

Dapatkan dana tersebut.Follow prosedur untuk memohon dan isi segala dokumen2 tersebut. Fahami kontrak atau apa2 suratcara persetujuan yang perlu anda persetujui untuk mendapatkan bantuan dana tersebut.

Setelah dana diperolehi, maka implementasi projek akan bermula. Projek timeschedule perlu ada dimana, segala aturan projek dan jadual pembayaran serta penbelanjaan di keluarkan pada masa yang betul.


Jalankan projek setelah segala infra dan kelengkapan operasi telah siap. Pantau dari masa ke semasa. Rujuk balik rancangan perniagaan anda dari masa ke semasa termasuk keadaan ternakan anda. Jika ada perbezaan atau masalah, perlu ditangani segera dan rujukan pada yang mahir harus di lakukan.

Begitulah generally sedikit sebanyak cara2 nak jadi usahawantani.


Logged
syazwan
Global Moderator
Usahawantani Global
*****
Offline Offline

Posts: 170

im still a freshiess

« Reply #3 on: January 22, 2008, 02:46:16 PM »

koneng... uhuhuh...  bole kongsi pengalaman matlamat anda.. saya rasa pembaca ingin tahu sebenar bagaimana permulaan anda sebagai penternak fulltime... cerita sedih,gembira dan blabla
Logged

im still a freshiess
koneng
Pra-Usahawantani
***
Offline Offline

Posts: 24

« Reply #4 on: January 22, 2008, 06:28:17 PM »

ni citer aku.

aku kije best. gaji besar. pangkat naik cepat. opis tu cam umah pertama pastu masa takde ngan famili. kerja lagi penting. ada duit main saham. sekali lingkup sampai sekarang bayar utang.

nasib aku tak makan rasuah. pastu Tuhan balas kut kat aju. bini asik sakit. anak no 3 aku lak sakit dari lahir. sampai semua wad kat hkl pediatrik tu anak aku masuk.

cuti aku banyak tapi serupa tak cuti. chairman asik kacau aku. pastu BOD asik muncung ngan aku pasal asik tinggal kije. aku duk kat parking keter kat depan pediatrik hkl tu ngan kawan2 mancing aku. sambil isap rokok aku pun bincang. apa nak jadi ngan idup aku. member aku kata meh kita wat bisnes. aku kata dulu aku pernah wat bisnes. bila duit bnyk aku mula lupa diri.

member aku kata, kalau lu bodoh sekali tak kan lu nak bodoh bnyk kali. masuk akal gak. pastu aku bnyk termenung. pikir. aku kije mcm nak giler untuk kompeni tapi bila aku nak masa ngan famili aku macam org paling bersalah kat kompeni.

aku nangis tgk keadaan anak aku. mcm2 test pakar buat. dah ler kecik asik duk spital jer. yg bagi aku sokongan adalah famili aku dan geng mancing aku.

pastu aku wat agriculture. bela binatang sket. modal tak de. tong2 ngan kawan2 mancing aku. pastu aku gi wat research pasal camna nak wat mende nih. aku n geng aku takde langsung ilmu dalam bidang nih.

pastu aku wat decision. anak aku tiga pastu backup lain takde. duit abis dah pasal nak maintain health bini aku. pasal pakai private. anak aku pakai hkl jer pasal member aku doktor kat situ advise aku gi hkl pasal pakar ngan facility kat situ superb. mmg betul pun. anak tua lak dah nak sekolah.

aku jual semua harta yg leh jual untuk kurangkan hutang. kansel kredit card tinggal satu bank jer. pastu jumpa bos aku kata aku nak berenti. bos aku kata gaji tak cukup ke?aku kata nak berenti jugak. dia tanya lak. notis berapa lama? aku cakap dua bulan tapi cuti aku tak pakai leh kaver dua bulan so as good as 24 hours jer. pastu tanya lagi, camna u nak hidup? anak2 camna? aku kata rezeki tangan Tuhan bukan tangan u. pastu aku blah jer.

seminggu aku berhibernasi cam bapak beruang. pasal aku malam wat research sampai pagi. pas subuh baru tido. pastu pikir. giler betul aku nih. betul ke idak decision aku nih. pastu satu tokey offer kije. gaji ngan keter ngan benefits lain yg best. aku mula goyah.

pastu aku tgk muka anak2 aku. terutama yg kecik tu. pastu aku amik keputusan. persetan kan sumer. aku misti kije untuk diri aku sendiri. peduli apa ngan kata2 org. hidup mesti berani demi untuk masa depan aku. aku pun pakat ngan member2 mancing aku. aku runner and diaorang support aku. mmg pening dan rasa stress mula2 tapi bila ejas2 sket2 takdelah susah sangat.

sekarang, Alhamdullilah. walau belum berjaya. hidup aku ceria. aku kije ikut suka ati aku jer. Bermula ngan modal kecik sekrg lepas setahun lebih org nak beli bisnes aku ratusan ribu ringgit.

aku leh lepak kat wad seminggu lebih jaga anak sampai doktor heran. tapi yg pelik tapi aku tetap bersyukur, yg sekrg anak aku dah tak sakit lagi dan bini aku pun dah ok. aku pikir mungkin berkat jugak aku berkorban untuk depa nih.

sekrg bz sket pasal aku cuba tulong bangunkan dan pimpin sedaya upaya aku beberapa group yg nak buat bisnes ternakan. atleast aku gembira walau penat bila tgk satu persatu group dah mula bisnes mereka. aku sangat bangga ngan mereka.

bisnes aku takde lah untung giler2 tapi hati aku tenang dan guru besar sekolah anak aku hepi giler pasal setiap aktiviti anak aku, muka aku tak pernah miss. misti ada dan doktor pakar pun hepi pasal aku sentiasa ada bila anak sakit sampai sembuh.

tips.

Kalu nko org islam. nko patut nya percaya yg rezeki tangan Tuhan. Usaha jer lah.

9/10 rezeki dari perniagaan tetapi sebaik2 kije adalah pekerjaan dengan tangan...

bisnes mau jujur dan bersih hati.

Ilmu untuk bisnes perlu belajar dan wat kajian mendalam tentang bisnes tu sebelum mula. belajar urus kewangan. pastu nko kena tau apa kejadah yg nko buat.



jangan bodoh sombong.

jangan putus asa.

cari pahala dalam berniaga.

ajar org kalau nko dah pandai.

elak dari MLM atau kaw. sewaktu ngan nyer pasal nko mengkayakan org lain. komisen nko kalu nko dapat kadang tak berbaloi ngan expenses yg nko kuarkan dan masa yg nko berikan. nko takde can langsung nak ada produk sendiri. no improvement. trading sebaiknya ada barang sendiri atau komoditi yg nko leh dapat konstan.

usaha yg kuat dan wat ngan bijak.

jangan sesekali memandang rendah diri anda dan cuba untuk menghormati org lain.

tu citer aku.

korang jgn tiru cara aku. sumer member aku kater aku giler. tapi itu adalah diri aku. aku mmg giler!

tetapi aku rasa dan saksikan sendiri yg rezeki tu mmg Tuhan punya kuasa.
Logged
aminagrotech
Global Moderator
Usahawantani Global
*****
Offline Offline

Posts: 418


Sekiranya kau bertanya pada aku...akupun tak tahu.

WWW
« Reply #5 on: January 24, 2008, 01:08:11 PM »

bro koneng..memula sedih gak saya baca cerita awak tu..lepas tu bersemangat semula...chewah...kipidap bro!!!

p/s berapa ramai antara kita ni macam bro koneng?? Saya? Saya pun x berani lagi nak berenti kije..hehehe
Logged

PROJEK TERNAKAN/PERTANIAN MAMPU MILIK RAKYAT MALAYSIA
http://aminagrotech.blogspot.com/

PROJEK TERNAKAN MINI JUTAWAN
http://dekebun.blogspot.com/
buya
Freshie
*
Offline Offline

Posts: 1

« Reply #6 on: January 24, 2008, 09:38:18 PM »

Salam.

Kepada sesiapa yang berminat. Sila lah tanya saya apa saja tentang kambing boer. InsyAllah, saya akan cuba menjawab sebaik mungkin.Jika ada sebarang artikel atau r&d baru tentang boer juga akan saya kongsi bersama anda.

Segala pandangan adalah dari pandangan peribadi saya sebagai penternak kambing boer yang biasa. Saya tidak akan bertanggungjawab atas segala kerugian kepada sesiapa jika fakta atau pandangan saya itu salah. Juga saya minta maaf jika pandangan saya membuat anda terasa atau tidak selari dengan apa yang anda ketahui.Saya bukan lah pandai atau mahir dalam selok belok boer ini, cuma ingin berkongsi idea dan pandangan secara percuma. Terpulang pada anda untuk menerima atau tidak.

Sekian, Terima kasih.



koneng..wa salute u lah!! ko takder ke link ke website ko? ko buat kambing ni cmn? cuba ko citer..
Logged
administrator
Administrator
Pra-Usahawantani
*****
Offline Offline

Posts: 39


WWW
« Reply #7 on: January 25, 2008, 03:32:48 PM »

Salam.

Kepada sesiapa yang berminat. Sila lah tanya saya apa saja tentang kambing boer. InsyAllah, saya akan cuba menjawab sebaik mungkin.Jika ada sebarang artikel atau r&d baru tentang boer juga akan saya kongsi bersama anda.

Segala pandangan adalah dari pandangan peribadi saya sebagai penternak kambing boer yang biasa. Saya tidak akan bertanggungjawab atas segala kerugian kepada sesiapa jika fakta atau pandangan saya itu salah. Juga saya minta maaf jika pandangan saya membuat anda terasa atau tidak selari dengan apa yang anda ketahui.Saya bukan lah pandai atau mahir dalam selok belok boer ini, cuma ingin berkongsi idea dan pandangan secara percuma. Terpulang pada anda untuk menerima atau tidak.

Sekian, Terima kasih.



koneng..wa salute u lah!! ko takder ke link ke website ko? ko buat kambing ni cmn? cuba ko citer..

huhuhu...kau tak kenal ker buya??..thats my master daaa.... ;D ;D...dia low profile..hehehhehe
Logged

NizamBoerVilla
Freshie
*
Offline Offline

Posts: 8


« Reply #8 on: January 25, 2008, 06:13:11 PM »

sapa ye bro koneng ni.....boleh berkenalan? or saya banje koke... ::)
Logged

luqman
Petani
**
Offline Offline

Posts: 17


WWW
« Reply #9 on: January 26, 2008, 08:59:13 PM »

Salam bro koneng.. boleh cerita sket x bab marketing kambing ni..
Logged

koneng
Pra-Usahawantani
***
Offline Offline

Posts: 24

« Reply #10 on: February 07, 2008, 01:56:03 AM »

Salam

Sori bebanyak. Ada bz sket ngan loading baru. ok.

Saya bermula dengan angan2. pastu dah puas berangan maka idea dan keinginan nak buat tu ada. Pastu modal kecik. Hutang banyak. Tanah dan kepakaran dan pengalaman takde. So saya pun citer kat kawan baik saya. Lepas yakin kan kawan jadik partner, maka kandang pun di bina. pastu duit nak beli kambiang lak takde. maka saya buat trading kambing. jual beli kambing. Cuba cari info kat internet. jumpa penternak yg dah otai.pastu beli 10 ekor boer pelbagai jenis. Pastu belajar dengan kambing2 tu camna nak jadik penternak. Kira belajaar ngan praktikal terus. Pastu belajar baca market trend. TQM..apa  yg kastemer nak. Kenali market kambing kat mesia ni camna rupanya. Persaingan dan masalah nak masuk market kambing.

Conclusions nyer..

Harus mahir dan tau selok belok produk anda sebelum buat marketing. Product knowledge amatlah penting. Terdapat beberapa usahawan kita yang menjalankan bidang ternakan ini tidak mempunyai kemahiran tentang ternakan mereka. Mereka mungkin mempunyai modal tetapi bila di tanya tentang teknikal..mereka gagal meyakinkan kastemer. Kebanyakan mereka hanya mendapat kastemer one time sahaja. Mostly kastemer lari dan pergi kepada usahawan yang lain. Tiada kastemer jangka masa panjang. Kadang2 terdapat antara mereka memberikan info yang salah. Juga tidak jujur dalam tranksaksi.

Kalau mau buat ternakan boer. kaji betul2 selok belok kambing boer. Penjagaan nya, penyakit, gred dan sebagainya. Jangan hanya tau dari segi teori sahaja.

Untuk marketing, cuba baca trend ekonomi mesia secara keseluruhan. Apa yang akan terjadi pada dua atau tiga tahun akan datang. bedasarkan apa yang telah dirancang atau yg ditunjukkan oleh info2 terkini. Cuba turun padang sendiri untuk mengetahui apa yang kastemer kehendaki. Tempat seperti hotel, pasar dan sebagainya perlu di lawati.


 
Logged
luqman
Petani
**
Offline Offline

Posts: 17


WWW
« Reply #11 on: February 07, 2008, 05:09:03 PM »

tqvm padat dan berisi.. ;D
Logged

NizamBoerVilla
Freshie
*
Offline Offline

Posts: 8


« Reply #12 on: February 11, 2008, 01:07:30 PM »

brader koneng, tanye sket boleh?
camne nak kenal kambing betina yg baru lepas dikahwinkan tu bunting less than sebulan? kata la sekawan 10ekor induk betina dicampurkan dgn sekor pejantan macho selama 30hari....so lepas kita pisahkan depa tu, pastu 1-2minggu camne nak kenal kalau ada yg mengena....ikshh camne ye? kalau takat dah bunting 2-3 bulan, kelamin dah mengembang, tetek dah membengkak tu biasa aaa...tapi agak dah lambat aaa baru nak tau dia bunting.
sori ler kalau soalan aku ni mcm buduh je, tapi aku nak tanye gak sebab aku nak tau!! jgn jwb suh aku pakai ultrasound scanner tu dah aaaaa heee ;D
Logged

koneng
Pra-Usahawantani
***
Offline Offline

Posts: 24

« Reply #13 on: February 19, 2008, 07:13:16 PM »

Salam.

camna nak tau kambing betina suda kena or not eek? ok..biasa kalau 40 hari senang gak nak kenal pasal tanda fizikal dah nyata sket. below that mmg susah nak kenal. tanya lah expert mana pun mmg susah. so jgn khuatir kalau tak tau nak kenal dah bunting belum.pasal mmg susah nak tau pun. apa yg boleh kita buat adalah guna beberapa pregnancy test kit. kalau ultrasound pun zigot tu kecik benar camna nak detect pun. kit tu ada di jual di beberapa klinik  yg tertentu dan supplier ubatan ternakan. nanti saya akan cuba dapatkan nama, brand dan details nyer.

dan yg penting kita tanya walau bagi org soklan tu cam soklan bodoh. pasal kita sama2 leh belajar dan mendalami ilmu boer.

seelok nya buatkan satu program untuk jadualkan pembiakan. satu kebaikan, mereka biasanya deliver pada sela masa yg sama. lari pun sehari dua. pada yg belum bunting perlu di kahwinkan lagi but under close supervison. agar dapat di ketahui adakah pejantan memanjat nya dengan sempurna. kadangkala terdapat induk yang tidak dapat di servis dengan baik oleh pejantan seperti kaki terlalu tinggi. terlalu ganas atau terlalu gemuk. jika buat kali kedua masih tidak mengandung maka mungkin terdapat masalah lain yg lebih serius seperti brussella dsb. maka blood test diperlukan. tapi yg biasa saya guna pakai. phase out jer. as breeder, rugi lak kalau bela induk yg tak produktif. perabih beras jer. tapi kalau 10 ekor  lu taruk ngan pejantan pah tu tak de sekor pun yg bunting..hehe.. tu lu punya pejantan tak cukup macho..wat bbq lagi best tu!

salam
Logged
aminagrotech
Global Moderator
Usahawantani Global
*****
Offline Offline

Posts: 418


Sekiranya kau bertanya pada aku...akupun tak tahu.

WWW
« Reply #14 on: February 27, 2008, 12:13:58 PM »

ayat bro koneng last yang tak tahan tu...."kalu pejantan tak cukup macho..wat bbq lagi best tu!" hehehe...nak tambah skit...jangan lupa ajak member2 pekena kambing bbq tu nanti...

p/s bro koneng punya penerangan cukup lengkap...tq...hehehe
Logged

PROJEK TERNAKAN/PERTANIAN MAMPU MILIK RAKYAT MALAYSIA
http://aminagrotech.blogspot.com/

PROJEK TERNAKAN MINI JUTAWAN
http://dekebun.blogspot.com/
Pages: [1] 2 3 ... 6 Go Up Print 
Pertanian Adalah Perniagaan  |  Forum  |  Sektor Penternakan  |  Bincang Penternakan  |  Topic: Boer - Tanya sama Koneng apa saja! « previous next »
 

Pengiklanan Pelbagai Produk
Salam rakan-rakan, Kepada Sesiapa yang berminat untuk mengiklankan produk disini diharap dapat hubungi saya di syazwan@jutawantani.com . Tiada kos pengiklanan dikenakan, ianya FREE!!
Forum Jutawantani
Untuk Ke Forum
Topik yang sedang berjalan
KELI ORGANIK BAKA PEJAL by adean96
September 02, 2010, 03:01:29 PM

Re: Ikan Haruan. by adean96
September 02, 2010, 02:35:26 PM

Re: Makanan Ikan Keli - Seperti siaran MAJALAH 3 Yang lalu... ( makanan terlaris ) by adean96
September 02, 2010, 02:29:13 PM

Re: PHER0-X (Minyak Wangi Pemikat Wanita/Isteri) by mrlelakiperkasa
September 02, 2010, 11:32:01 AM

Re: Playboy Medical Device.Alat Senaman Untuk Lelaki.. by mrlelakiperkasa
September 02, 2010, 11:31:11 AM

Re: Impikan Payudara Montok Dan Tegang..?Try Thanyaporn... by mrlelakiperkasa
September 02, 2010, 11:30:29 AM

Re: VIMAX Original Herba No.1 Di Dunia - Tambah Besar Dan Panjang by mrlelakiperkasa
September 02, 2010, 11:30:10 AM

Re: LIBIDO GEL (UBAT KUAT,UBAT TAHAN LAMA DIRANJANG !!!) by mrlelakiperkasa
September 02, 2010, 11:26:34 AM

Re: Pherolins Wangian Istimewa Pemikat Lelaki !!! by mrlelakiperkasa
September 02, 2010, 11:25:58 AM

Re: Alat senaman untuk lelaki. Promosi Hebat Handsome Up RM129 sahaja !!! by mrlelakiperkasa
September 02, 2010, 11:25:34 AM

Powered by EzPortal
Powered by MySQL Powered by PHP Powered by SMF 2.0 RC1 | SMF © 2006–2009, Simple Machines LLC Valid XHTML 1.0! Valid CSS!